Muhyiddin kupas isu Covid-19, PKP dalam temu bual eksklusif
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tampil dalam temu bual eksklusif menerusi RTM dan Bernama TV pada malam Ahad bagi mengupas isu-isu berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan usaha-usaha kerajaan menangani pandemik Covid-19.
Program Bicara Khas Cabaran Pandemik Covid-19 Eksklusif Bersama-sama YAB Perdana Menteri itu turut akan menyentuh persoalan konsistensi prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme penetapannya, kelangsungan ekonomi negara pada era pandemik serta momentum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Diterbitkan secara kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), temu bual eksklusif yang dihoskan oleh Wan Syahrina Wan Ab Rahman daripada Bernama TV bersama Terrence Dass (RTM) itu akan menemui penonton pada 9 malam Ahad.
Bernama TV juga akan menyiarkan siaran ulangan temu bual eksklusif itu pada 2 pagi, 8 pagi dan 4 petang Isnin (24 Mei), 12 tengah malam Selasa (25 Mei) serta 9.30 pagi dan 5 petang Rabu (26 Mei).
Siaran Bernama TV boleh diikuti di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, Live Facebook & YouTube Bernama TV. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!