Messi setuju kekal di Barcelona

Messi
Messi
A
A
A

DUA kelab mewah - Paris Saint-Germain (PSG) dan Manchester City mungkin sudah boleh melupakan niat mereka membawa masuk Lionel Messi pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Ia berikutan terdapat laporan media di Sepanyol yang mengatakan Messi bersetuju untuk menyambung kontrak baharu bersama Barcelona.

Musim lalu, Messi mencetuskan kontroversi apabila meminta Barcelona melepaskannya secara percuma namun Barcelona tidak mahu melepaskan Messi meskipun Kapten Argentina mahu menggunakan klausa khas.

Dalam klausa tersebut ada menyebut Messi boleh meninggalkan Camp Nou secara percuma pada akhir musim selepas usianya mencecah 32 tahun.

Bagaimanapun, Barcelona melarang perpindahan Messi kerana mereka menegaskan bahawa klausa itu hanya terpakai pada bulan Jun setiap tahun.

Sebaliknya, Messi berhujah Barcelona perlu menggunakan klausa khas itu atas sebab pandemik Covid-19 yang memberi impak kepada penganjuran liga di seluruh dunia.

Pada masa sama, Barcelona tidak berganjak dengan keputusan mereka dan mahu kelab yang mahukan Messi membayar klausa pelepasan sebanyak €700 juta.

Biarpun kecewa dengan tindakan pengurusan kelab Catalan itu yang enggan melepaskannya, Messi akhirnya membuat keputusan untuk terus kekal di Camp Nou sepanjang musim ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!