Tengku Hassanal sumbang Elaun Diraja kepada rakyat Palestin

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
A
A
A

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja selama tiga bulan kepada rakyat Palestin yang berdepan dengan serangan rejim Zionis Israel.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi kenyataan di laman sosial Facebooknya pada Jumaat.

Wan Rosdy berkata, keprihatinan baginda itu menjadi pembakar semangat untuk beliau dan rakyat Pahang dalam membela nasib rakyat Palestin.

"Sesungguhnya patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini dan ia menjadi pembakar semangat dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas oleh kekejaman rejim Zionis Israel," katanya.

Sebelum ini, Wan Rosdy mengumumkan kerajaan negeri Pahang telah melancarkan Tabung 'Pahang4Palestine' sebagai tanda ukhuwah dan solidariti kerajaan negeri dan rakyat Pahang bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas oleh tindakan zalim rejim Zionis Israel.

Katanya, tabung kemanusiaan itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Pahang.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut sama menyumbang ke tabung kemanusiaan itu melalui akaun Pembendaharaan Negeri Pahang 06010002165711 (Bank Muamalat).

Sumbangan melalui cek, perlu ditulis atas nama Pegawai Kewangan Negeri Pahang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!