Zidane akui kecewa
PENGENDALI Real Madrid Zinedine Zidane mengakui kecewa setelah gagal mengemudi skuad skuad kendaliannya itu untuk menjulang sebarang piala musim ini.
Menurut Zidane, biaprun menang 2-1 ketika berdepan Villareal Santiago Bernabeu, namun kejayaan pencabar terdekat Atletico Madrid bangkit menewaskan Valldolid 2-1 di gelanggang lawan, nyata ‘meranapkan’ hasrat Los Blancos itu untuk sekurang-sekurangnya menjulang satu piala musim ini.
“Saya benar-benar kecewa, kerana kami gagal memenangi La Liga. Jika soalan itu ditanya, ini adalah merupakan jawapan saya.
“Dalam masa sama, kami perlu mengucapkan tahniah kepada Atletico (Madrid) yang dilihat berhak untuk muncul juara kali ini.
“Bagaimanapun apa yang paling penting adalah apa yang telah pemain sumbangkan kepada pasukan selama ini dan sudah semestinya kami mengucapkan terima kasih kepaa penyokong yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada kami selama ini,” katanya.
Pada aksi terakhir La Liga berdepan Villareal, Real Madrid berjaya bangkit setelah ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 2-1 namun akhirnya kecewa dengan keputusan sama diperolehi Atletico ketika berdepan Valladolid.
Sekali gus mejadikan musim 2020/21 sebagai musim terburuk Los Blancos yang gagal memenangi sebarang trofi kejuaraan.
Ditanya mengenai masa depannya bersama Real Madirid musim depan, Zidane menegaskan dia akan mengadakan perbincangan dengan pihak kelab berkenaan berhubung perkeara berkenaan.
“Saya akan bercakap dengan pihak pengurusan pasukan selepas ini. Buat masa ini rasanya perkara ini kurang sesuai untuk dibincangkan.
“Lagi pun, ia memerlukan perbincangan lanjut kerana ia akan turut melibatkan masa depan saya sebagai seorang pengurus pasukan bola sepak,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!