Wanita Britain tampar pegawai imigresen dakwa didera

Taqaddas memuat naik gambar tangannya yang mengalami kesan lebam di Twitter.
Taqaddas memuat naik gambar tangannya yang mengalami kesan lebam di Twitter.
A
A
A

DENPASAR - INDONESIA. Seorang wanita Britain yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menampar pegawai imigresen di Bali mendakwa didera semasa dalam tahanan.

Auj-e Taqaddas membuat dakwaan itu dan memuat naik gambar kecederaan pada tangan dan kakinya di Twitter.

Taqaddas, 42, turut mendakwa didera dalam dua kejadian berasingan.

"Petugas imigresen Bali menyeksa saya sebanyak dua kali. Dan saya hampir kehilangan nyawa dalam salah satu insiden penyeksaan.

"Mereka tidak ubah seperti pembunuh Khashoggi," katanya yang berasal dari London.

Jamal Khashoggi dibunuh dan dikerat dalam konsulat Arab Saudi di istabul pada 2 Oktober lalu.

Pada masa sama, Taqaddas turut mendakwa Pusat Tahanan Jimbaran dalam keadaan serba daif, kotor dan pegawai di kemudahan itu mengamalkan rasuah.

Sebelum ini, video perbuatan Taqaddas menjerit, memaki hamun dan menampar pegawai imigresen bali tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Semuanya berpunca gara-gara wanita terbabit tidak berpuas hati mengenai bayaran denda susulan visanya tamat tempoh.

Wanita itu tinggal melebihi tempoh selama 160 hari dan diminta membayar denda 300,000 rupiah (RM88.21) sehari atau AS$3,500 (RM14,292.71) secara keseluruhan. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!