Aura Liridon kekuatan tambahan Harimau Malaya

Kehadiran Liridon (tengah) dijangka memberi nilai tambah kepada bahagian tengah Harimau Malaya.
Kehadiran Liridon (tengah) dijangka memberi nilai tambah kepada bahagian tengah Harimau Malaya.
A
A
A

KEHADIRAN pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi di bahagian tengah memberikan kekuatan tambahan kepada skuad Harimau Malaya dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perkara itu diakui, pemain tengah negara, Mohamad Nor Azam Azih yang menyifatkan Liridon mampu menghadirkan idea baharu terutama di jentera tengah skuad negara.

“Saya rasa kehadiran Liridon amat baik kepada pasukan negara dan pemain lain di bahagian tengah dapat dapat bersaing secara profesional untuk memburu tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

“Semua pemain juga memberikan aksi 100 peratus di atas padang dan sudah mula menunjukkan keserasian selepas lama tidak beraksi bersama,” katanya dalam sidang media secara maya pada Ahad.

Tonggak tengah Sri Pahang FC itu menjadi antara tonggak penting dalam skuad Harimau Malaya, namun prestasinya menimbulkan tanda tanya berikutan persembahan bersama pasukan kelabnya kurang memuaskan.

Namun, dia tidak melihat prestasi turun naiknya di kelab tersebut sebagai halangan untuk memberikan yang terbaik sekiranya diberikan peluang bermain oleh pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

“Saya rasa persembahan di kelab lain dan pasukan Malaysia lain. Memang persembahan saya dengan kelab ada turun naik, tapi sekarang ini saya hanya fokus pada Harimau Malaya.

“Insya-ALLAH saya akan kakukan yang terbaik jika diberikan peluang bermain dan tidak akan sia-siakan harapan peminat Harimau Malaya untuk melihat pasukan negara melangkah jauh,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!