Wanita ditemui mati tergantung dalam bilik air hotel

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

BENTONG - Seorang wanita warga asing ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di sebuah bilik hotel di Genting Highlands pada awal pagi Sabtu.

Mangsa berusia 32 tahun menginap di hotel berkenaan sejak datang ke negara ini pada awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa dipercayai dalam keadaan tertekan akibat masalah peribadi.

Menurutnya, pada hari kejadian, mangsa sedang berbual bersama rakan-rakannya sebelum bergegas masuk ke bilik air dan mengunci pintu.

"Curiga dengan tindakan mangsa, rakannya membuka pintu bilik air sambil memanggilnya keluar namun usaha itu gagal.

"Kemudian rakannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan hotel sebelum dilaporkan kepada polis," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Zaiham berkata, anggota polis yang tiba di lokasi menemui mayat mangsa dalam keadaan tergantung.

"Pemeriksaan awal pada mayat mangsa mendapati kematian wanita itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong melalui talian 09-2222222 untuk membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!