Jentera BN, Pas kempen secara bersemuka

Zakaria Hanafi - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Zakaria Hanafi - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Jentera BN dan PAS pada PRK DUN Semenyih memilih untuk lebih berkempen secara bersemuka dengan pengundi berbanding mengadakan ceramah.

Calon BN bagi PRK berkenaan, Zakaria Hanafi berkata, cara berkenaan dilihat lebih berkesan kerana lebih ramai pengundi boleh didekati di samping dapat mendengar pandangan dan keluhan mereka.

"Jentera BN dan Pas di sini berkempen berjumpa pengundi dari rumah ke rumah dan di tempat tumpuan orang ramai untuk berkempen,” katanya kepada Bernama selepas berkempen di Rinching di sini hari ini.

PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zakaria, calon PH, Muhammad Aiman Zainali, calon Bebas Kuan Chee Heng dan Nik Aziz Afiq Abdul dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada Bersatu yang mewakili PH pada 11 Januari lepas akibat serangan jantung.

SPR menetapkan hari mengundian awal pada 26 Februari ini, manakala pengundian pada 2 Mac. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!