Covid-19: DBKL bantu pindah 133 gelandangan ke PSG

Seramai 133 gelandangan dipindahkan ke tiga PSG susulan penularan Covid-19.
Seramai 133 gelandangan dipindahkan ke tiga PSG susulan penularan Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu memindahkan seramai 133 orang gelandangan ke Pusat Sementara Gelandangan (PSG) susulan peningkatan penularan wabak Covid-19.

Menerusi kemas kini di laman Facebook pada Isnin, DBKL berkata, operasi pemindahan gelandangan itu disertai beberapa agensi terlibat bermula jam 11 malam pada Ahad.

Katanya, operasi itu dijalankan di beberapa lokasi sekitar pusat bandar melibatkan kawasan Brickfields, KL Sentral, Masjid Negara, Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman, Maju Junction, Masjid India, Masjid Jamek, Cahaya Suria, Bangkok Bank dan Hentian Bas Klang.

"Semua gelandangan berkenaan ditempatkan di tiga lokasi iaitu PSG Sentul Perdana, PSG Setiawangsa dan PSG Jinjang Utara," katanya.

Seramai 125 anggota terdiri daripada pelbagai antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beberapa lagi telah terlibat dalam operasi itu.

Dalam pada itu, DBKL berkata, tindakan proaktif menerusi operasi berkenaan diharap dapat membantu mengawal penularan wabak Covid-19 khususnya dalam kalangan gelandangan.

"DBKL juga turut membantu untuk memulihkan tatacara kehidupan mereka (gelandangan)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!