Covid-19: Perkhidmatan Bas Smart Selangor, PJ City Bus diteruskan

Perkhidmatan Bas Smart Selangor dan PJ City Bus akan terus dibenarkan beroperasi susulan pengumuman SOP tambahan PKP 3.0 sebelum ini.
Perkhidmatan Bas Smart Selangor dan PJ City Bus akan terus dibenarkan beroperasi susulan pengumuman SOP tambahan PKP 3.0 sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Perkhidmatan Bas Smart Selangor dan PJ City Bus akan terus beroperasi susulan pengumuman kerajaan bagi mengetatkan sekatan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sebelum ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, perkhidmatan bas ini akan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 9 malam berdasarkan kepada SOP Am Pengangkutan Awam oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkuatkuasa pada Selasa.

Sze Han berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan melakukan penyusunan semula jadual operasi dan perkhidmatan bas berkenaan susulan pelaksanaan itu.

"Kerajaan negeri amat berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan menitik-beratkan langkah pencegahan dan menjaga kebersihan diri dengan pematuhan SOP ditetapkan," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu berkata, sekatan tambahan itu akan dibuat mengikut dua strategi iaitu bekerja dari rumah (BDR) dan mengehadkan operasi perniagaan di seluruh Semenanjung termasuk Labuan bermula Selasa ini.

Beliau dipetik sebagai berkata, langkah ini merupakan usaha kerajaan bagi mengurangkan pergerakan dan mengelakkan penyebaran wabak Covid-19 di negara ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!