Penantian 17 tahun, 24 keluarga bekas pekerja ladang berakhir

prj
prj
A
A
A

SEMENYIH - Penantian dan perjuangan 24 keluarga bekas pekerja ladang Bangi sejak 17 tahun lalu berakhir setelah mereka akan berpindah ke kediaman baharu di pangsapuri Taman Impian Putra, awal Mac ini.

Wakil penduduk, C Krishnan, 64, berkata, mereka telah memperjuangkan hak untuk mendapatkan rumah ganti atau lot tanah setelah menerima notis penamatan kerja oleh pihak majikan pada pertengahan tahun 2000.

"Pada ketika itu, tiada satu parti politik yang tampil membantu memperjuangkan nasib kami kecuali Parti Sosialis Malaysia (PSM)," katanya.

Krishnan berkata, isu juga telah ke mahkamah.

"Akhirnya penduduk mendapat khabar gembira setelah dimaklumkan mereka diberikan rumah secara percuma.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak tanpa menghiraukan penat, ia merupakan kemenangan hasil perjuangan," katanya.

Krishnan berkata, pihaknya berpuas hati berpindah ke kediaman yang mempunyai tiga bilik.

"Ia turut dilengkapi almari kabinet, penghawa dingin dan televisyen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan berkata, peguam Datuk S Ambiga turut membantu memperjuangkan nasib kesemua keluarga itu.

"Disamping itu, perbincangan bersama Kerajaan Selangor turut dilaksanakan sehingga kami mencapai kemenangan besar," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!