Konsert mengenang mendiang Whitney Houston

Whitney Houston
Whitney Houston
A
A
A

REMEMBERING Whitney - The Greatest Love Of All merupakan persembahan konsert selama 90 minit bagi meraikan kegemilangan dan kehebatan lagu-lagu hit mendiang Whitney Houston.

Menampilkan penyanyi berbakat, Trina Johnson Finn, konsert Remembering Whitney - The Greatest Love Of All dibawa terus dari Las Vegas ke Istana Budaya, Kuala Lumpur selama dua malam pada 22 dan 23 Mac depan.

Trina bakal memikat rakyat Malaysia dengan nyanyian yang pasti memukau menerusi lagu-lagu klasik Whitney yang menggamit kenangan seperti Greatest Love of All, I’m Every Woman, Queen of the Night, How Will I Know, I Will Always Love You, I Have Nothing, I Wanna Dance With Somebody dan banyak lagi.

Whitney Houston
Whitney Houston

Sebelum terlibat dalam persembahan pentas, Trina pernah beraksi dalam beberapa majlis anugerah televisyen terkemuka termasuk Anugerah Grammy, Anugerah Muzik Video MTV dan Anugerah Muzik Amerika.

Sepanjang kerjayanya, beliau juga pernah bekerjasama dengan penghibur ikonik seperti Barbra Streisand, Michael Bolton dan Smokey Robinson.

Pengarah Urusan Milestone Production Sdn Bhd, Grace Lee berkata Malaysia tidak pernah berpeluang mengadakan konsertnya ketika Whitney masih ada.

"Oleh itu, persembahan ini akan menjadi peluang terbaik bagi para peminatnya di Malaysia untuk menikmati ‘kehebatan seterusnya’ dengan menyaksikan ‘beliau’ di pentas Malaysia menerusi persembahan dan vokal memukau Trina yang akan menyampaikan lagu-lagu hit sepanjang zaman Whitney," katanya.

Artikel Berkaitan:

Persembahan itu juga akan diserikan dengan aksi beberapa pemuzik dan penyanyi latar hebat selain para penari penuh bertenaga dari Las Vegas.

Tiket-tiket berharga RM80, RM150, RM250, RM380 dan RM480 boleh didapati melalui www.milestone-entertainment.com

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!