'Saya tawakal, nak bawa kereta kena bayar parkir mahal'

Keadaan di Stesen KLCC ketika tinjauan dilakukan pada Selasa.
Gambar kecil: Asfa Abdullah dan Eliana Masiran
Keadaan di Stesen KLCC ketika tinjauan dilakukan pada Selasa. Gambar kecil: Asfa Abdullah dan Eliana Masiran
A
A
A

KUALA LUMPUR - Insiden kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) bertembung berhampiran Stesen KLCC yang menyebabkan 47 penumpang parah manakala 166 cedera ringan pada malam Isnin tidak menghalang orang awam terus menggunakan perkhidmatan awam berkenaan.

Seorang penumpang yang juga pekerja swasta, Eliana Masiran, 39, berkata, dia masih menggunakan kemudahan awam tersebut kerana tiada pilihan lain untuk ke tempat kerja.

"Sebelum ini saya ke tempat kerja dengan menunggang motosikal tetapi selepas disahkan mengandung, saya gunakan perkhidmatan awam untuk keselamatan.

"Ada rasa takut juga selepas kejadian ini tetapi tiada pilihan lain, kalau nak bawa kereta kena bayar parkir mahal pula, jadi hanya bertawakal.

"Hari ini tren agak lewat sedikit berbanding hari biasa, jika biasanya sampai ke stesen KLCC kira-kira setengah jam, tetapi hari ini ambil masa lebih sejam," katanya.

Keadaan di Stesen KLCC ketika tinjauan dilakukan pada Selasa.
Keadaan di Stesen KLCC ketika tinjauan dilakukan pada Selasa.

Sementara itu, menurut pembantu perpustakaan, Asfa Abdullah, 24, risiko kemalangan tidak boleh dielakkan sama ada menaiki kemudahan awam mahupun kenderaan sendiri.

"Sebelum ini pun sudah ada beberapa kes kemalangan melibatkan tren. Saya harap aspek keselamatan penumpang dipertingkatkan bagi mengelakkan insiden sama berulang," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya yang berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mangsa menaiki satu tren sementara sebuah tren lagi tiada penumpang yang dikatakan rosak dan sedang dipandu uji.

Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!