Rusuhan 'kerajaan gagal': Kertas siasatan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
A
A
A

JOHOR BAHRU- Polis Johor sudah melengkapkan siasatan berhubung rusuhan 'kerajaan gagal' di Parit Raja, Batu Pahat, pada malam Aidilfitri lalu dengan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Jabatan Peguam Negara di Putrajaya akan meneliti kes siasatan berkenaan sebelum memutuskan sama ada 27 suspek yang terlibat dengan rusuhan itu dituduh atau tidak dituduh di mahkamah.

"Kertas siasatan sudah siap dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum sebarang keputusan berkaitan pendakwaan dibuat oleh Timbalah Pendakwa Raya.

"Suspek yang ditahan sebelum ini berkaitan kes rusuhan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan akta berkaitan pelanggaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana berkumpul," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, di sini pada Selasa.

Pada 14 Mei lalu, seramai 20 individu berumur 16 hingga 28 tahun ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial, pada Khamis.

Seterusnya pada 18 Mei, polis menahan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan insiden demonstrasi di Parit Raja.

Individu itu dipercayai terbabit membuat dan menggantung banner selain membeli suar.

Sebelum itu tular video berdurasi lebih dua minit memaparkan kejadian yang dipercayai berlaku pada tengah malam disertai kumpulan anak muda yang kebanyakannya penunggang motosikal.

Artikel Berkaitan:

Mereka bertindak membentang kain rentang yang tertulis ‘Kerajaan Gagal’ ketika berhimpun di Jalan Parit Raja sambil membakar suar serta membuat bising.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!