Singapura ucap takziah kepada mangsa kemalangan LRT

Kerajaan Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada 213 mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), pada Isnin. Gambar hiasan
Kerajaan Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada 213 mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), pada Isnin. Gambar hiasan
A
A
A

SINGAPURA - Kerajaan Singapura menyampaikan ucapan takziah kepada 213 mangsa kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Isnin, kata Kementerian Luar.

Dalam satu kenyataan di sini pada Selasa, jurucakap kementerian itu berkata, Singapura turut simpati dengan apa yang berlaku dan berharap mangsa yang cedera segera pulih.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan rakyat Singapura terbabit dalam nahas itu.

Dua tren LRT laluan Kelana Jaya bertembung menyebabkan 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya parah dalam kejadian yang berlaku di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC.

Kejadian berlaku pada 8.45 malam itu melibatkan sebuah tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!