Tuchel tidak mahu beri janji manis

Thomas Tuchel
Thomas Tuchel
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel tidak mahu memberikan janji manis mampu membawa The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Menurutnya, prestasi cemerlang yang berjaya diraih Chelsea selepas dia mengambil alih pasukan daripada Frank Lampard pada Januari lalu bukanlah alasan skuad itu mampu tampil lebih kuat.

Namun, Tuchel mengakui dia sudah mempersiapkan diri untuk saingan musim depan dan mahu Chelsea terus memperagakan aksi luar biasa di permulaan liga.

"Kami mahu berada di kedudukan terbaik dan tempat pertama daripada hari pertama. Itu sudah tentu menjadi sasaran semua pasukan dalam saingan liga ini.

"Namun, sasaran saya untuk musim depan adalah memulakan saingan liga dengan baik dan seterusnya bertambah baik dan kekal konsisten. Itu sahaja, " katanya.

Dalam masa sama, Tuchel turut menyifatkan saingan EPL musim depan akan menjadi sangat sukar dengan pasukan bukan pilihan seperti West Ham dan Aston Villa mampu memberikan kejutan seperti yang terjadi musim ini.

"Anda memerlukan tuah dalam setiap perlawanan. Anda juga memerlukan tuah untuk mengelakkan pemain anda cedera ataupun tidak mendapat keputusan yang seperti diharapkan.

"Saya tidak berjanji kami akan berjaya memenangi EPL, tetapi kami akan cuba melakukannya sekiranya semua pihak yakin dengan kemampuan kami," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tuchel tampil cemerlang bersama Chelsea musim ini dengan membawa pasukan itu mengakhiri saingan liga di kedudukan empat terbaik selain mampu mara ke final Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, Chelsea tewas pada aksi final Piala FA kepada Leicester City dan akan mengharungi penentuan mengesahkan kejuaraan Liga Juara-Juara menentang City pada Ahad ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!