Mayat pencari ketam tersangkut di akar pokok

Pencari ketam yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui mati tersangkut pada akar pokok di Sungai Senapang, Kampung Melayu Dapur Arang pada Selasa.
Pencari ketam yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui mati tersangkut pada akar pokok di Sungai Senapang, Kampung Melayu Dapur Arang pada Selasa.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang pencari ketam yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui mati tersangkut pada akar pokok Sungai Senapang, Kampung Melayu Dapur Arang di sini, pagi Selasa.

Komander Operasi dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Khairi Zainuddin berkata, mayat Zulkifli Amin, 56, ditemui pada jam 9.40 pagi.

"Mayat lelaki berkenaan ditemui kira-kira 550 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) iaitu pada hari ketiga operasi hari ini ( Selasa).

"Mayat dibawa ke Jeti Cekur Manis, Gelang Patah menggunakan bot dan operasi tamat pada jam 11.32 pagi Selasa," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika mencari ketam di kawasan paya Kampung Melayu Dapur Arang, Gelang Patah, sejak 21 Mei.

Operasi mencari dan menyelamat ( SAR) dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta Unit Selam Skuba JBPM.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!