RM7.2 juta tingkat sektor pelancongan Johor
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, ia merangkumi aspek peningkatan tahap infrastruktur, penganjuran program dan promosi di seluruh Johor.
Menurutnya, inisiatif itu akan menyokong perancangan kerajaan negeri yang akan menganjurkan Tahun Melawat Johor 2020.
“Antara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri adalah memperhebat promosi tarikan pelancong ke Johor, menggalak dan memperbanyak penganjuran acara pelancongan, mengerakkan semula peranan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor, menambahbaik dan mempertingkatkan prasarana pelancongan,” katanya.
Osman berkata, kerajaan negeri turut mengalu-alukan keputusan kerajaan persekutuan untuk mengembalikan 50 peratus hasil kutipan cukai pelancongan yang akan digunakan bagi meningkatkan tahap infrastruktur di Johor.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!