Tumbuk muka kawan sampai patah rahang
KULIM - Seorang lelaki menumbuk muka kawannya hingga patah rahang dalam kejadian di Taman Kulim Hitech Park, 17 Februari lalu ditahan polis di tepi jalan Air Merah, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam kejadian Ahad lalu, suspek berusia 19 tahun tidak berpuas hati apabila mangsa menggunakan motosikalnya tanpa pengetahuan serta rosak.
Menurutnya, kerana berang, suspek secara tiba-tiba menumbuk mangsa yang juga berusia 19 tahun hingga patah rahang.
"Mangsa menerima rawatan di Hospital Kulim sebelum membuatkan laporan polis pada semalam kerana tidak berpuas hati dengan tindakan suspek," katanya.
Susulan itu beliau berkata, suspek yang ditahan melalui Ops Cantas mengaku terlibat dalam kejadian itu.
Kes disiasat bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!