Premis makanan R&R PLUS dibuka untuk pembelian secara bungkusan
KUALA LUMPUR - Premis makanan dan minuman di kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dibuka dan beroperasi mulai pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam untuk pembelian secara bungkusan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid dalam kenyataan pada Selasa berkata semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam dengan pembersihan berjadual yang lebih kerap.
“Kami menasihatkan pelanggan yang perlu melakukan perjalanan di lebuh raya untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) supaya kita bersama-sama dapat melandaikan lekuk penularan Covid-19,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai waktu operasi kemudahan di lebuh raya PLUS boleh diakses menerusi laman web PLUS di www.plus.com.my atau laman media sosial PLUS. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!