PRK DUN Rantau bukan 30 Mac

Khabar palsu yang tersebar di media sosial sejak malam tadi.
Khabar palsu yang tersebar di media sosial sejak malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan telah menetapkan tarikh bagi PRK DUN Rantau.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya masih belum menerima perakuan keputusan daripada Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

“Tak betul. Sijil (perakuan keputusan) dari mahkamah pun belum dapat,” katanya ketika membalas pertanyaan salah seorang pengikutnya di Twitter.

Malam tadi, seorang pemilik akaun Facebook berkongsi tarikh PRK Dun Rantau jatuh pada 30 Mac depan dengan penamaan calon 16 Mac dan proses undi awal 23 Mac 2019.

Lazimnya, SPR akan mengumumkan kesemua tarikh berkaitan dalam satu sidang media di pejabatnya.

Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan yang dikemukakan ADUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dan SPR.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum.

Malanjum ketika membuat keputusan itu berkata, Dr. S. Streram mempunyai locus standi (hak yang sah di sisi undang-undang) untuk mengemukakan petisyen pilihanraya.

Artikel Berkaitan:

Pada 16 November lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan calon BN di DUN Rantau pada PRU14 yang lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!