Pentas Solskjaer, Emery pamer percaturan taktikal

Solskjaer dan Emery bakal mempertaruhkan keupayaan percaturan taktikal masing-masing di Gdansk.
Solskjaer dan Emery bakal mempertaruhkan keupayaan percaturan taktikal masing-masing di Gdansk.
A
A
A

MANCHESTER United berpeluang menamatkan penantian empat tahun menjulang trofi apabila dijadualkan menentang Villarreal pada aksi final Liga Europa di Gdansk awal pagi Khamis ini.

Bagi pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer, dia berazam memacu The Red Devils merangkul kejuaraan sulung di bawah kendaliannya, sekali gus menghidupkan semula kegemilangan di Old Trafford.

“Anda sentiasa berdepan tekanan untuk mencipta kejayaan apabila berada di Manchester United. Memenangi trofi akan memberikan anda rasa percaya tapi ia juga menyebabkan anda lebih dahagakan kemenangan.

“Apabila anda menang sesuatu, anda hanya akan mahu menang lagi, anda mahu rasakan sensasi merangkul trofi sekali lagi. Saya tahu pemain saya akan percaya mereka boleh melakukannya,” katanya.

Berbeza dengan Solskjaer, pengendali Villarreal, Unai Emery pula berpeluang menambah koleksi peribadinya menjulang trofi Liga Europa selepas membantu Sevilla merangkul kejuaraan tiga musim berturut-turut.

“Kami menghormati United tetapi saya percaya kami mampu menang. Kami akan bermain dengan penuh keyakinan tinggi,” ujarnya yang menerajui Sevilla menjuarai Liga Europa pada musim 2013/2014, 2014/2015 dan 2015/2016.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!