Sahabat berpisah 23 tahun bertemu semula di PKRC

Norazman (kiri) bersama Shikh Muhammad Makhdad ketika bertemu semula PKRC MITC, Ayer Keroh selepas berpisah 23 tahun.
Norazman (kiri) bersama Shikh Muhammad Makhdad ketika bertemu semula PKRC MITC, Ayer Keroh selepas berpisah 23 tahun.
A
A
A

MELAKA - Selepas berpisah hampir 23 tahun, dua sahabat baik tidak menyangka akan bertemu semula di Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini.

Norazman Ariffin, 49, dan Shikh Muhammad Makhdad Harun, 48, yang disahkan positif Covid-19, tidak menjangka ujian ALLAH SWT menjadi titik pertemuan semula mereka yang sebelum ini pernah bekerja di tempat sama iaitu di sebuah syarikat telekomunikasi di Batu Berendam pada tahun 1995.

Norazman berkata, mereka berdua sememangnya rapat dan akrab sebelum masing-masing mengambil keputusan bertukar kerjaya pada tahun 1998, sehinggalah mereka terputus hubungan.

"Bermula dari saat itu kami tidak pernah bertemu biarpun saya dan dia masih menetap di Melaka sehinggalah kami dimasukkan ke PKRC MITC minggu lalu.

"Alhamdulilah, siapa sangka sahabat yang pernah tidur sebantal bersama, makan bersama, susah senang bersama, dapat bertemu jua dan semua ini percaturan ALLAH SWT yang Maha Esa dan di sebalik Covid-19, ada hikmahnya," katanya.

Bercerita lanjut, Norazman berkata, pada mulanya dia tidak perasan akan rakan baiknya itu kerana memakai pelitup muka, namun segalanya bermula selepas masing-masing berkongsi cerita pengalaman bekerja.

"Apabila rancak bercerita, saya baharu sedar dia sahabat saya, lagipun dia sukar untuk mengecam rupa bentuk saya memandangkan dahulu saya berisi orangnya, namun sekarang kurus," katanya.

Tambahnya, dia berharap hubungan persahabatan itu akan berterusan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!