Polis siasat Tajuddin tidak pakai pelitup muka

Polis menyiasat Tajuddin kerana tidak memakai pelitup muka pada sidang akhbar berkaitan kemalangan tren LRT pada Selasa.
Polis menyiasat Tajuddin kerana tidak memakai pelitup muka pada sidang akhbar berkaitan kemalangan tren LRT pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat Pengerusi Prasarana Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana tidak memakai pelitup muka pada sidang akhbar berkaitan kemalangan tren LRT pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, video berkenaan perkara itu telah tular di media sosial.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk beri keterangan dalam masa terdekat.

"Kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Justeru, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelasnya, kegagalan mematuhi SOP ini membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!