Tiada laporan diterima daripada Mohamad Faridzul Izuan: Polis

Mustafa Bakry Salleh
Mustafa Bakry Salleh
A
A
A

PONTIAN - Polis tidak pernah menerima sebarang aduan atau laporan polis daripada Mohamad Faridzul Izuan Harizan, sebagaimana yang didakwa sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakry Salleh berkata, setelah semakan dibuat tiada sebarang laporan polis yang pernah dibuat oleh penama sejak tahun 2020 hingga kini.

"Telah tular di akaun Twitter penama 'Mohamad Faridul Izuan' seperti di pautan yang menyatakan 'Dulu PKP 1.0 Bapak Dafi cakap kalau majikan tak follow report MITI suruh report polis berdekatan, so aku bawa 10 orang pergi report polis, lepas tu majikan datang balai, balai report kat majikan aku, sekarang semua 10 orang tu dah tak kerja'.

"Pihak polis juga tidak ada menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian tersebut, sepertimana yang ditularkan.

"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menafikan kenyataan yang ditularkan oleh penama Mohamad Faridzul Izuan Harizan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mustafa menegaskan, pihak polis sedia menerima laporan polis pada bila-bila masa sekiranya ada aduan berkaitan sebarang pelanggaran perintah kawalan pergerakan (SOP).

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!