'Terima kasih, kami sayang KKM'

Video nyanyian pelajar MRSM Pengkalan Hulu berdurasi 10 saat itu dikongsi di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Selasa.
Video nyanyian pelajar MRSM Pengkalan Hulu berdurasi 10 saat itu dikongsi di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Selasa.
A
A
A

GERIK - 'Terima kasih KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), mohon maaf, minta berkat. Doakan kami KKM, kami sayang KKM.'

Begitu nyanyian daripada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu ditujukan khas buat warga KKM yang bertungkus lumus bertugas sepanjang tempoh sekolah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Meskipun kedengaran ringkas, ia memberi pengertian yang mendalam bahawa masyarakat tidak terkecuali golongan pelajar sangat menghargai pengorbanan dan tugas dilaksanakan kakitangan kesihatan dalam memerangi wabak Covid-19.

Video nyanyian berdurasi 10 saat itu dikongsi di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Selasa dan sehingga kini telah mendapat lebih 13,000 tontonan dan 90 perkongsian.

Dalam perkongsian itu dinyatakan nyanyian daripada pelajar MRSM Pengkalan Hulu adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota KKM khususnya Pejabat Kesihatan Hulu Perak.

"Penghargaan ini sedikit sebanyak memberi suntikan semangat kepada semua frontliner (petugas barisan hadapan) pelbagai agensi yang bertugas sepanjang tempoh PKPD MRSM Pengkalan Hulu," tulisnya.

MRSM Pengkalan Hulu dikenakan PKPD bermula 13 Mei lalu dan ditamatkan pada 26 Mei (hari ini) sepertimana ditetapkan.

KKM dalam laporannya sebelum ini mengesan terdapat peningkatan kes secara mendadak di mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang yang mana 324 individu daripada 1,379 orang yang menjalani saringan adalah positif Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang tempoh itu, mereka yang terlibat menjalani kuarantin di sekolah dan tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambut cuti Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!