Selangor perketat SJR sepanjang PKP 3.0

Polis Selangor memperketatkan kawalan dan pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) PKP 3.0 sejak Selasa.
Polis Selangor memperketatkan kawalan dan pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) PKP 3.0 sejak Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis negeri Selangor memperketatkan kawalan dan pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, daripada segi jumlah SJR setakat ini masih belum ditambah.

"SJR di Selangor masih lagi kekal seperti asal, namun kita sentiasa lihat dan pantau dari masa ke masa.

"Polis sentiasa perketatkan pemeriksaan di SJR bagi mencegah sebarang aktiviti rentas daerah atau negeri seperti mana yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, pemantauan juga dilaksanakan di setiap kawasan termasuk premis perniagaan dan kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan orang ramai.

"Pasukan pemantau digerakkan ke lokasi terlibat bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab orang ramai supaya mematuhi SOP ditetapkan dalam usaha memastikan wabak Covid-19 ini dapat dilandaikan.

"Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memerangi wabak ini dan saling bantu membantu bagi memutuskan rantaian Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 diperketatkan berkuat kuasa bagi seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 25 Mei.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!