KPDNHEP laksana Ops Had 2J

KPDNHEP menggerakkan Ops Had 2J, bagi memantau pematuhan SOP berkaitan had masa maksimum keberadaan pelanggan di premis perniagaan. - Gambar hiasan.
KPDNHEP menggerakkan Ops Had 2J, bagi memantau pematuhan SOP berkaitan had masa maksimum keberadaan pelanggan di premis perniagaan. - Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menggerakkan operasi had maksimum dua jam (Ops Had 2J), bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan had masa maksimum keberadaan pelanggan di premis perniagaan.

Menurut kenyataan KPDNHEP pada Rabu, Ops Had 2J akan menumpukan pada pasar raya, kompleks beli-belah, pasar tani, pasar malam dan lain-lain premis yang menjadi tumpuan orang ramai dan merupakan hot spot pelanggan.

"Untuk memastikan keberkesanan had masa maksimum ini, orang ramai digalakkan merancang perjalanan dan menyenaraikan barangan yang ingin dibeli terlebih dahulu. Mereka juga digalakkan untuk segera beredar dari premis sekiranya telah menyelesaikan segala urusan yang berkaitan.

"Tujuan Ops Had 2J ini diadakan termasuk untuk mengelakkan kehadiran terlalu ramai pelanggan yang akan menyebabkan berlakunya kesesakan dan pelanggan lain terpaksa menunggu masa yang lebih lama," demikian menurut kenyataan itu.

Seramai 2,262 pegawai penguat kuasa di seluruh negara akan terbabit dalam operasi yang turut melibatkan Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan.

Menurut KPDNHEP, pelanggan yang didapati melanggar had masa maksimum akan dikenakan kompaun berdasarkan kuasa kompaun yang telah diberikan kepada kementerian itu.

"Selain daripada pematuhan had masa maksimum dua jam, semua pihak, sama ada pengguna dan peniaga, perlu mematuhi SOP-SOP lain yang sedia ada.

"KPDNHEP juga memohon kerjasama pihak pengurusan kompleks, pasar raya, agensi dan sebagainya supaya memainkan peranan masing-masing bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap perkara ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 10 Mei lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!