Harga RON95, RON97 dan diesel kekal

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM2.05, RM2.61 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat berbanding had harga siling yang telah ditetapkan,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!