Kereta dinaiki Exco Pahang langgar tapir melintas

Tapir jantan mati dilanggar kereta di Kilometer 200 menghala ke Kuantan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu, malam Selasa. - Foto Ihsan Perhilitan Pahang
Tapir jantan mati dilanggar kereta di Kilometer 200 menghala ke Kuantan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Satu, malam Selasa. - Foto Ihsan Perhilitan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seekor tapir jantan seberat 220 kilogram (kg) mati dilanggar kereta milik pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang di kilometer 200 menghala ke Kuantan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 pada malam Selasa.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, haiwan yang berusia 10 tahun itu dikatakan dilanggar ketika cuba melintas jalan kira-kira jam 8.50 malam.

Menurutnya, pegawai Perhilitan Maran ke lokasi kejadian untuk menyiasat dan bangkai haiwan terbabit dibawa ke kawasan tol Sri Jaya.

"Tapir terbabit kemungkinan lalu tepi Sungai Berkelah sebelum masuk ke LPT seterusnya berlaku kemalangan.

"Saya dimaklumkan kemalangan berlaku membabitkan kenderaan yang membawa Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu beliau memaklumkan, sepanjang tempoh lima bulan tahun sebanyak tiga ekor tapir mati dilanggar kenderaan berlaku di Pahang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!