Kemarau kejuaraan Manchester United berterusan

Penjaga gol, Villarreal Geronimo Rulli menyelamatkan sepakan penalti De Gea pada aksi final Liga Europa awal pagi tadi.
Penjaga gol, Villarreal Geronimo Rulli menyelamatkan sepakan penalti De Gea pada aksi final Liga Europa awal pagi tadi.
A
A
A

IMPIAN gergasi bola sepak Inggeris, Manchester United untuk meraih trofi pertama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer tidak kesampaian apabila tewas kepada Villarreal pada aksi final Liga Europa di Gdansk, Poland awal pagi tadi.

Kemarau kejuaraan The Red Devils itu berterusan selepas penjaga gol David de Gea gagal menyempurnakan sepakan terakhir yang menyaksikan sensasi Inggeris tersebut tewas penalti maraton 11-10 kepada kelab Sepanyol berkenaan.

Sebelum itu, dalam aksi 120 minit tersebut, The Yellow Submarines kendalian Unai Emery terlebih dulu di depan hasil jaringan Gerard Moreno pada minit ke-29.

Namun, Manchester United yang tidak berputus asa berjaya menyamakan kedudukan 10 minit selepas babak kedua bersambung hasil jaringan bekas pemain Paris St Germain (PSG), Edinson Cavani.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!