Akses sistem terhad punca kesesakan tempahan vaksin

Berlaku kesesakan dalam sistem pendaftaran fasa kedua vaksin AstraZeneca tengah hari pada Rabu. Gambar kecil: Ashraf
Berlaku kesesakan dalam sistem pendaftaran fasa kedua vaksin AstraZeneca tengah hari pada Rabu. Gambar kecil: Ashraf
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah akses yang terlalu tinggi menyebabkan berlaku kesesakan dalam sistem pendaftaran fasa kedua vaksin AstraZeneca tengah hari pada Rabu.

Jurutera Sistem, Ashraf Sharif berkata, setiap laman sesawang telah ditetapkan kadar had yang sesuai mengikut kebolehan sistem.

Beliau berkata, apabila satu kadar terhad ditetapkan mencapai hadnya akan menyebabkan sistem tersebut tidak membenarkan pengguna mengakses sistem ini.

“Masalah timbul apabila Application Programming Interface (API) tidak dapat mengembalikan respon disebabkan telah mencapai had yang ditetapkan.

“Keadaan itu menyebabkan fungsi untuk mendapatkan data terkini Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak berfungsi kepada semua pengguna dan pengguna tidak menerima sebarang respon untuk memilih PPV tersebut,” katanya.

Ashraf menjelaskan, kadar had tersebut boleh ditetapkan sama ada per saat, minit dan jam.

“Contohnya apabila kadar akses ditetapkan pada had 500 akses per saat, maka hanya 500 pengguna yang boleh dapat akses ke API pada saat tersebut.

“Pelaksanaan kadar had tersebut bagus untuk perlindungan daripada serangan siber tetapi tidak bagus untuk trafik jangkaan berskala besar agar sampai kepada titik penghujung.

Artikel Berkaitan:

“Sepatutnya sistem tersebut tidak boleh mengehadkan akses yang menyebabkan sebilangan pengguna awal sahaja yang dapat melihat senarai PPV sehingga transaksi mereka selesai,” ujarnya.

Sistem tersebut juga tidak boleh menampung rangkaian tanpa ‘cloudflare’ yang menyebabkan perkhidmatan tidak disediakan atau masa sudah tamat.

Jelasnya, sistem tersebut tidak melalui ujian dengan skala trafik pengeluaran yang besar sebelum melaksanakan pendaftaran tersebut.

“Apabila akses berskala besar menghujani sistem tersebut, maka aliran trafik untuk akses ke laman tersebut jadi perlahan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!