Petugas KKM jalan kaki pakai PPE buat netizen terharu

Petugas barisan hadapan terpaksa berjalan kaki dari rumah ke rumah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di Kampung Pengkalan Hulu.- Foto Twitter Rohana Ismail.
Petugas barisan hadapan terpaksa berjalan kaki dari rumah ke rumah untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di Kampung Pengkalan Hulu.- Foto Twitter Rohana Ismail.
A
A
A

PENGKALAN HULU - Pengorbanan petugas barisan hadapan melakukan pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah untuk mengesan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk di Kampung Pengkalan Hulu, Perak wajar diberi pujian dan penghargaan.

Kesungguhan mereka berjalan kaki dalam cuaca panas terik dari rumah ke rumah dengan memakai pakaian pelindung diri (PPE) mendapat perhatian pengguna Twitter dikenali Rohana Ismail.

Dia berkongsi ciapan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada petugas barisan hadapan Pengkalan Hulu (PH) di atas kerja keras mereka.

"Pertengahan April baru ini kes mencanak naik kat PH (Pengkalan Hulu), dan hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) PH memutuskan untuk berjalan dari rumah ke rumah dan memeriksa setiap orang yang ada simptom (Covid-19) kena angkut buat ujian swab Covid-19. Usaha mereka tak ada dekat mana-mana weh.

"Sepanjang aku berpantang pun KKM sini tak pernah 'miss' datang rumah buat 'daily dressing' kat aku hari-hari. Aku bagi 5/5 lah untuk tim KKM sini. Semoga segala setiap urusan staf KKM dipermudahkan dan moga Tuhan lindungi kita semua," ciapnya pantas menarik perhatian warganet pada Isnin.

Namun ada juga warganet mempersoalkan kenapa tidak menggunakan kenderaan seperti kereta atau motosikal hingga perlu berjalan kaki.

@keamaAraujo kemudian tampil memberitahu, "Daerah ini kecil je, kenderaan terhad. Tambahan di sini ada tim bergerak orang asli yang masuk ke kampung-kampung orang asli di pedalaman hampir setiap hari. Ini pun mereka dah 'delegate' kenderaan sebaik mungkin dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT)".

Tambahnya, pihak petugas barisan hadapan juga telah cuba menunggang motosikal bagaimanapun pemakaian PPE menyukarkan pergerakan selain menjadi licin.

Artikel Berkaitan:

"Depa (mereka) sudah naik motor, tapi licin tak boleh nak bawak sebab pakai PPE. Itu yang terpaksa jalan kaki," ujarnya.

Tangkap layar komen warganet yang berasa terharu dengan pengorbanan 'frontliner' dalam memutus rantaian jangkitan Covid-19.
Tangkap layar komen warganet yang berasa terharu dengan pengorbanan 'frontliner' dalam memutus rantaian jangkitan Covid-19.

Sungguhpun begitu, rata-rata warganet berasa terharu kerana mereka sanggup merisikokan diri sendiri untuk merawat orang ramai sedangkan mengetahui melawan wabak Covid-19 bukanlah tugas yang mudah apatah lagi terpaksa mendepani musuh yang tidak nampak.

Tersilap langkah nyawa sendiri menjadi taruhan.

"Besar sungguh pengorbanan mereka ini berpanas pakai penuh PPE, nak jaga nyawa rakyat," kata @amira.

@thesitidotmy juga memuji dengan berkata, "Ya mereka sangat baik. Masa saya positif Covid-19, saya lihat keadaan mereka, saya sedih. Terlalu tinggi pengorbanan yang mereka buat. Tidak akan mampu untuk kita balas jasa mereka. Mereka bertugas dalam pakaian yang begini, berpanas tapi masih mampu layan kita dengan baik".

Ujar @AhmadTakuya pula, "Kerja yang sangat mulia kerana menolong orang ramai, sama-sama kita doakan semoga mereka mendapat balasan daripada ALLAH iaitu kesenangan di akhirat hingga ke jannah kelak. Amin".

Selain itu, @dyanlovespanda turut mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan di atas segala usaha mereka untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan semoga ALLAH balas semua jasa.

"Ya ALLAH kasihannya, sama-samalah kita bantu 'frontliner' dengan duduk kat rumah. Jangan keluar kalau tiada urusan penting," ciap @balkissshh.

Hingga kini, perkongsian ciapan Rohana telah mendapat tanda suka lebih 17,500 dan diulang kongsi 18,500 oleh warganet.

I couldn't thank enough to @KKMPutrajaya Pengkalan Hulu for their hardwork. Pertengahan April baru ni kes mencanak naik kat PH,and today KKM PH decide utk walk in rumah ke rumah and check setiap seorang yg simptom kena angkut buat swab test.Weh their effort takda kt mana2 weh. pic.twitter.com/T0krR0CVgN

— Rohana Ismail (@rohanaismaill) May 24, 2021

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!