Derma Darah PKP 3.0
Ketua Jururawat Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Norhayati Othman menunjukkan pek darah yang telah didermakan ketika ditemui di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.
Ketua Unit Transfusi Darah HSNZ Dr Mohd Muhaimin Kambali berkata penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memaksa program derma darah di tempat awam dihadkan dan menyebabkan jumlah penderma juga berkurangan sedangkan bekalan darah diperlukan setiap hari untuk merawat pesakit, jadi peranan yang dimainkan penderma darah tegar sangat penting.
Penderma darah tegar di negeri ini disifatkan sebagai wira yang tidak didendangkan kerana mereka bersedia pada bila-bila masa untuk menderma darah sekiranya bekalan darah di hospital berada pada tahap kritikal.
Ini dibuktikan apabila mereka datang dengan segera ke tempat menderma darah selepas pihak HSNZ menghebahkan maklumat program derma darah menerusi kumpulan WhatsApp, Telegram atau laman Faceboook ‘Derma Darah Terengganu Kite’. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!