Kes Covid-19 meningkat, Sao Paulo lanjutkan perintah berkurung

Seorang wanita dilihat memakai pelitup muka ketika berada di salah satu jalan di Sao Paulo, Brazil. - Foto Xinhua
Seorang wanita dilihat memakai pelitup muka ketika berada di salah satu jalan di Sao Paulo, Brazil. - Foto Xinhua
A
A
A

SAO PAULO - Sao Paulo di Brazil, wilayah yang menyaksikan paling ramai dijangkiti Covid-19, mengumumkan lanjutan sekatan pergerakan termasuk perintah berkurung sehingga 14 Jun, berikutan peningkatan jumlah kes di hospital, lapor Agensi Berita Xinhua, pada Rabu.

"Indikator pandemik menyarankan agar langkah berjaga-jaga diambil dan itulah sebabnya kami berhati-hati," kata Gabenor Joao Doria pada sidang media.

Sebelum ini, Sao Paulo telah merancang melonggarkan sekatan, termasuk membenarkan restoran dan perniagaan lain kembali beroperasi mulai 31 Mei. Kini, perintah berkurung masih diteruskan dari jam 9 malam (2400 GMT) hingga 5 pagi (0800 GMT) dengan pengunjung ke premis-premis ini hanya dibenarkan sehingga 40 peratus daripada kapasiti.

Kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi negara itu telah melebihi 80 peratus, menurut kenyataan kerajaan tempatan.

Sao Paulo, wilayah dengan lebih 46 juta penduduk, telah mencatatkan sebanyak 3,226,875 kes terkumpul dan 109,241 kematian akibat Covid-19 sehingga Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!