Boeing 737 Israel untuk demo produk komersial

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.
A
A
A

SINGAPURA - Pesawat ‘perisik’ Israel yang mendarat di pangkalan tentera Singapura pada Isnin sebenarnya adalah Boeing 737 yang digunakan untuk demonstrasi produk komersial.

"Demonstrasi untuk ST Engineering Aerospace oleh Israel Aerospace Industries (IAI) telah selesai dan pesawat berkenaan sedang membuat persiapan untuk berangkat dari Singapura," kata jurucakap ST Engineering pada Khamis menjawab pertanyaan media.

"Pesawat ini beroperasi daripada kemudahan ST Engineering Aerospace di Paya Lebar dan demonstrasi itu dilakukan hanya di ruang udara dan perairan Singapura," tambah jurucakap itu.

Sebuah portal berita Malaysia pada Selasa melaporkan yang sebuah pesawat perisik Israel mendarat di pangkalan tentera Singapura pada 24 Mei.

Memetik jurnal berita pertahanan, Defense Security Asia, portal itu mengatakan pesawat yang bernombor pendaftaran 4X-AOO adalah milik IAI-Elta, kontraktor pertahanan utama Tel Aviv yang mengkhusus dalam perisikan dan sistem elektronik untuk aplikasi keselamatan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel timbul tanda tanya

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!