Tiada pajakan, transaksi jual beli dua lot tanah LGM

Lembaga Getah Malaysia
Lembaga Getah Malaysia
A
A
A

PUTRAJAYA - Tidak ada sebarang perjanjian pajakan atau transaksi jual beli yang termeterai antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan mana-mana pihak berkaitan dua lot tanah miliknya yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan, LGM menegaskan pihaknya telah menerima permohonan daripada beberapa syarikat untuk pembelian Lot 20012.

"Pertimbangan akan dibuat selaras dengan penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan serta pandangan Jabatan Warisan Negara," katanya pada Jumaat.

LGM berkata, tawaran pajakan telah dibuat secara tender terbuka dan telus terhadap Lot 20013 oleh LGM Properties Corporation (LGMPC) iaitu perbadanan milik LGM pada Oktober 2020.

"Terdapat beberapa syarikat yang telah menghantar permohonan melalui tender tersebut dan berdasarkan kriteria, proses serta prosedur ketat, Al-Noor Foundation telah terpilih setelah membida dengan bidaan tertinggi," katanya.

Bagaimanapun LGM berkata, keputusan bagi pajakan Lot 20013 dan penjualan Lot 20012 masih belum diputuskan oleh Lembaga Pengarah LGM.

"Semua penjualan atau pajakan tanahnya perlu mendapat perakuan terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali untuk kelulusan," katanya.

Tambah LGM, mengikut peraturan, semua penilaian hartanah sama ada untuk pajakan atau penjualan akan dirujuk kepada JPPH sebelum kadar pajakan serta nilai

Artikel Berkaitan:

pasaran semasanya ditentukan supaya memberi pulangan hasil terbaik untuk lembaga itu.

Pada Khamis, sebuah akaun Facebook Sedar Malaysia mendakwa pajakan Lot No 200013 diberikan kepada Al-Noor Foundation selama 35 tahun dengan harga pajakan RM0.70 sekaki sementelah harga pasaran dikatakan mencecah RM2.50 sekaki.

Justeru akaun Facebook tersebut turut mendesak penjelasan Khairuddin mengenai hubungannya dengan Al-Noor Foundation.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!