Lelaki didakwa rogol wanita OKU ditahan

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob.
A
A
A

BEAUFORT - Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merogol seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di Kampung Banting Meraba pada Rabu lalu.

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan selepas mangsa yang berusia 24 tahun mendedahkan perbuatan jijik terbabit kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati mangsa menyatakan kejadian berlaku sekurang-kurangnya lima kali dan terbaharu didakwa berlaku pada 17 Mei lalu.

"Suspek turut didakwa memberi amaran akan memarahi mangsa sekiranya mendedahkan kejadian itu kepada sesiapa sahaja.

"Menurut keterangan mangsa, suspek juga pernah mencabulnya beberapa kali sebelum ini," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Yusoff Zaki berkata, mangsa akan dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) manakala suspek berjaya ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort bagi membantu siasatan.

"Mangsa adalah seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan sukar menerangkan kejadian yang berlaku terhadapnya.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!