Bayi enam bulan meninggal dunia di taska

Bayi berusia enam bulan yang meninggal dunia di bawah jagaan sebuah taska di Bukit Gedung, Bayan Lepas, pada Khamis.
Bayi berusia enam bulan yang meninggal dunia di bawah jagaan sebuah taska di Bukit Gedung, Bayan Lepas, pada Khamis.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia sewaktu di bawah jagaan pengasuhnya di sebuah taska di Bukit Gedung, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, bayi berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bayan Baru oleh pengusaha taska berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pucat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, menurut ibu bayi berkenaan, dia menghantar anaknya ke taska terbabit jam 6.30 pagi dalam keadaan baik dan sihat.

Menurutnya, bayi berkenaan dihantar ke taska sejak berusia tiga bulan lagi.

"Selepas dihantar, pekerja taska berusia 20 tahun itu tidur bersama bayi berkenaan namun dia meninggalkannya seketika pada jam 8 pagi untuk ke tandas.

"Namun ketika wanita terbabit kembali semula, dia mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri dan kelihatan pucat lalu cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Anbalagan berkata, bayi berkenaan kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan pendarahan di dalam kepala dan tiada unsur jenayah berlaku pada si mati.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ibu mangsa, Suraya Mohd Taib, 24, berkata, keluarganya reda atas ketentuan ALLAH SWT walaupun merasakan perit dengan kehilangan cahaya mata mereka.

Suraya berkata, dia menerima panggilan dari taska pada jam 9.15 pagi memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri dan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.

“Saya dan suami yang sedang bekerja di sebuah kilang terus bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan itu sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian.

“Saya tak nak salahkan sesiapa atau besarkan hal ini, bagi kami ALLAH pinjamkan dia sementara saja dan kami terima seadanya,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Suraya berkata, jenazah anaknya itu dibawa pulang ke kampung halaman di Pengkalan Hulu, Perak untuk dikebumikan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!