Geng pencuri bermotosikal sasar tabung derma di restoran

Rakaman CCTV menunjukkan kumpulan lelaki yang melarikan tabung derma untuk pembinaan masjid dari sebuah restoran di Pusat Perniagaan Taman Saujana, Johor Bahru pada Jumaat.
Rakaman CCTV menunjukkan kumpulan lelaki yang melarikan tabung derma untuk pembinaan masjid dari sebuah restoran di Pusat Perniagaan Taman Saujana, Johor Bahru pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sekumpulan lelaki bermotosikal melakukan kegiatan mencuri tabung derma untuk masjid dan anak-anak yatim yang diletakkan di restoran di Pusat Perniagaan Taman Saujana di sini pada Jumaat.

Geng berkenaan dipercayai baru bergerak aktif melakukan kegiatan tersebut dengan menyasarkan restoran yang baru dibuka atau sedang dalam keadaan sibuk.

Seorang pemilik restoran, Azizan Inche Harun, 38, berkata, satu tabung masjid yang diletakkan di depan kaunter restoran miliknya hilang dan disedarinya sekitar jam 11 pagi Jumaat.

Menurutnya, tabung yang separuh penuh itu merupakan usahasama Persatuan Tomyam Johor sejak tiga tahun lalu untuk tujuan membina masjid.

"Sepatutnya wang daripada tabung itu akan diberikan untuk pembinaan masjid di Pattani tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami biarkan dulu," katanya ketika ditemui di restorannya pada Jumaat.

Azizan (kiri) menunjukkan laporan polis berikutan tabung derma untuk pembinaan masjid yang diletakkan di restorannya di Pusat Perniagaan Taman Saujana, Johor Bahru dilarikan pada Jumaat.
Azizan (kiri) menunjukkan laporan polis berikutan tabung derma untuk pembinaan masjid yang diletakkan di restorannya di Pusat Perniagaan Taman Saujana, Johor Bahru dilarikan pada Jumaat.

Kegiatan kumpulan tersebut terbongkar apabila dia melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiga lelaki bermotosikal melarikan tabung tersebut.

Azizan yang merupakan bekas wartawan Sinar Harian berkata, kejadian sama pernah berlaku sekitar Taman Saujana dan Taman Desa Harmoni di sini.

Artikel Berkaitan:

Menceritakan kejadian, Azizan berkata, restorannya beroperasi pada jam 11 pagi tetapi tukang masak yang juga bapa saudaranya, Jusoh Mamat, 50, membuka kedai lebih awal sekitar jam 10.20 pagi sebelum ke dapur untuk memotong sayur.

Sementara itu, Jusoh berkata, ketika kejadian dia berada di dapur dan mendengar seolah-olah bunyi bising yang kuat di bahagian pintu masuk kedai makan berkenaan.

"Ketika itu 'shutter' kedai hanya dibuka separuh memandangkan kedai masih belum beroperasi. Waktu bunyi kuat, saya terus keluar tapi selepas itu saya tengok macam tiada apa-apa yang berlaku.

"Ketika itu saya tidak perasan yang tabung masjid hilang, sampailah Azizan turun dan sedar tabung sudah tiada," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!