Kenapa enggan divaksin?

Kira-kira 10,000 orang di Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak menghadiri janji temu vaksin Covid-19.
Kira-kira 10,000 orang di Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak menghadiri janji temu vaksin Covid-19.
A
A
A

AWANG terkejut juga dengan berita 10,000 orang di Kelantan, 10,000 di Kedah dan 7,000 di Negeri Sembilan yang tidak datang ke pusat vaksinasi.

Awang boleh agak siapa mereka, kebanyakan orang Melayu. Bandingkan pula dengan kadar kehadiran di Pulau Pinang yang sekarang dah cecah 100 peratus. Di pusat-pusat vaksinasi pun yang ramai bukan Melayu terutamanya di bandar.

Awang rasa memang berkesan gerakan songsang antivaksin dalam media sosial. Macam-macam cerita kita dengar. Ada yang kata vaksin tak halal, tak suci, ada alat pengesan dan hasil buatan Yahudi. Yang buat fitnah tetap berterusan, tak ada tindakan pada mereka.

Awang risau orang Melayu ambil sikap mudah, tak divaksin tak apa, sebab ajal maut di tangan Tuhan. Bagaimana tentang usaha dan ikhtiar yang dituntut oleh agama kita?

Yang peliknya bila nak pergi haji atau umrah perlu juga suntikan vaksin, tak ada yang komplen. Tapi bila bab nak lawan wabak ini liat sangat nak ikut.

Awang rasa tak berkesan lagi kempen beri maklumat pada orang Melayu. Terutamanya di luar bandar. Kerajaan patut guna cara lain mungkin perlu libatkan pemimpin peringkat akar umbi dan segala tuan guru dan lebai.

Orang Melayu yang degil ini patut diingatkan vaksin ini bukan untuk perlindungan mereka sahaja tapi untuk anak cucu mereka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!