Tiga kontena kayu Pine Timber dari China dirampas

Kayu jenis Pine Timber yang dibawa masuk dari China dirampas oleh Maqis pada Khamis.
Kayu jenis Pine Timber yang dibawa masuk dari China dirampas oleh Maqis pada Khamis.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk tiga kontena kayu spesis Pine Timber yang dibawa dari China.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Noriah Dahlan berkata, tiga kontena berukuran 40 kaki itu dikesan ketika pemeriksaan rutin dilakukan pegawainya di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini pada Khamis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan pihaknya menemui 5,880 kilogram (kg) muatan spesis kayu Pine Timber sebanyak 83.966 Meter Kubik (MTQ) yang dianggarkan bernilai RM30,314.43.

"Dagangan diimport dari negara China tersebut ditahan kerana gagal mematuhi syarat import yang telah dinyatakan pada Permit Import yang diluluskan oleh Jabatan Maqis.

"Kegagalan pihak syarikat mematuhi syarat mengimportan kayu spesis Pine Timber adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],"katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Noriah berkata, jika sabit kesalahan pihak yang bertanggungjawab dengan barang dagangan berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam (6) tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta sama.

Beliau berkata, kesemua barangan dagangan terbabit dirampas untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!