Peniaga Pasar Harian Selayang diberi sewa percuma hingga Disember
KUALA LUMPUR - Peniaga Pasar Harian Selayang yang dijangka berpindah di bangunan baharu mulai Selasa ini diberikan sewa percuma sehingga Disember ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitternya pada Sabtu.
Menurut perkongsian itu, inisiatif itu diberikan bagi mengambil kira permohonan peniaga yang meminta supaya kadar sewa di tapak baharu diturunkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga keliru diarah pindah ketika 'total lockdown'
"Saya ada menerima permohonan supaya di turunkan sedikit kadar sewa. Kita putuskan berikan percuma, tak perlu bayar sewa hingga akhir tahun. Semoga itu membantu... ALLAH SWT memberkati," menurut ciapan di Twitternya.
Pemindahan peniaga ke pasar baharu itu diputuskan pada 1 Jun ini selepas ditangguhkan 1 April lalu bagi kerja penambahbaikkan dilakukan.
Mulai Selasa ini semua peniaga PASAR HARIAN SELAYANG boleh mula berniaga di BANGUNAN PASAR YG BARU,yg lebih baik.Saya ada menerima permohonan turunkan sikit kadar sewa.Kita putuskan UNTUK BERI PERCUMA TAK PERLU BAYAR SEWA hingga akhir tahun.Semoga itu membantu..ALLAH MEMBERKATI
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) May 28, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!