PH sokong ‘total lockdown’ dengan tujuh syarat

Kenyataan media Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu.
Kenyataan media Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) menuntut tujuh syarat sebagai sokongan terhadap keputusan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara pada Selasa ini.

Jawatankuasa Kos Sara Hidup PH dalam kenyataan bersama berkata, antara tuntutan tersebut adalah kerajaan perlu memberi bantuan 'one off' kepada golongan B40 dan M40, melaksanakan moratorium pinjaman bank selama tiga bulan serta melaksanakan rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurut kenyataan itu, kerajaan perlu memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi dan harga barangan keperluan tidak naik.

"Kerajaan juga perlu memastikan penghantaran barang keperluan ke destinasi tidak terhalang dan memastikan bantuan berupa bakul makanan mesti sampai kepada rakyat yang memerlukan," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Kenyataan bersama itu diwakili oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim; Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail; Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen; Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin; Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar Varatharaju Naidu.

Pada Jumaat, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut satu kenyataan, sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!