Alahai...papan tanda jadi lokasi jemur baju
SHAH ALAM - Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menggantungkan pakaian pada sebuah papan tanda di Seksyen 25 mengundang rasa kurang senang buat penduduk setempat di sini.
Seorang peniaga, Rahman Razali, 43, tindakan itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah memberi persepsi tidak baik kepada penduduk setempat.
“Tindakan ini tidak wajar kerana papan tanda tersebut dibina untuk menceriakan kawasan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menyelar tindakan menggantungkan pakaian pada papan tanda di Seksyen 25 di sini.
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menyediakan papan tanda di setiap seksyen bertujuan bagi memudahkan orang ramai untuk menuju ke destinasi yang berada di bawah pentadbiran MBSA.
Katanya, MBSA akan melakukan pemantauan selepas ini bagi memastikan kejadian sedemikian tidak lagi berulang pada masa hadapan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!