Khairuddin nafi ditahan, gosip hubungan usahawan terkenal

Mohd Khairuddin Aman Razali
Mohd Khairuddin Aman Razali
A
A
A

SHAH ALAM – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan beliau ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Perasing, Kemaman termasuk gosip berkaitan hubungan dengan seorang usahawan wanita terkenal.

Tegasnya, semua cerita berkenaan disensasikan kerana ada niat niat buruk untuk merosakkan reputasinya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya menerusi tulisan di Facebooknya pada Sabtu.

Rabu lalu tular maklumat menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penahanan Mohd Khairuddin di SJR Perasing.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu didakwa berada dalam kenderaan bersama seorang wanita yang merupakan bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim.

Kisah mengenai pemimpin Pas yang dikatakan berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda itu hangat diperkatakan sejak semalam.

Pada 20 September 2020 tular di media sosial empat keping gambar usahawan wanita itu mengunjungi beberapa lokasi menarik di Terengganu termasuk di jambatan angkat, bot penambang di Kuala Terengganu dan Pantai Rantau Abang di Dungun.

Gambar berkenaan sebelum itu dimuat naik di Instagram milik usahawan wanita terbabit.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan Khairuddin diperiksa di SJR Perasing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!