Bot terbalik: Lima nelayan tercampak ke laut

Bot nelayan yang terbalik berjaya ditarik ke tepi pantai selepas dipukul ombak besar dalam kejadian di Sungai Kuala Muda di sini pada petang Sabtu..
Bot nelayan yang terbalik berjaya ditarik ke tepi pantai selepas dipukul ombak besar dalam kejadian di Sungai Kuala Muda di sini pada petang Sabtu..
A
A
A

KEPALA BATAS - Lima nelayan berdepan detik mencemaskan dan nyaris lemas apabila bot dinaiki mereka terbalik selepas dipukul ombak besar dalam kejadian di Sungai Kuala Muda di sini pada petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, kesemua mereka yang berusia diantara 22 hingga 51 tahun tercampak ke dalam laut dan nyaris lemas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku lebih kurang 500 meter dari Pasar Bisik Kuala Muda dan disedari oleh sekumpulan nelayan yang lain.

"Tindakan pantas kumpulan nelayan terbabit dengan bergegas ke lokasi kejadian dan memberi bantuan berjaya menyelamatkan kelima-lima mangsa daripada hilang atau lemas.

"Kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan manakala bot yang terbalik berjaya ditarik ke kawasan pantai tidak lama kemudian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!