Irma Hasmie sebak melihat kekuasaan ALLAH

Irma Hasmie dan Dr Sheikh Muszaphar.
Irma Hasmie dan Dr Sheikh Muszaphar.
A
A
A

KAGUM dengan perkongsian dari angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memuatnaik video angkasa lepas menerusi Instagram (IG), pelakon dan pengacara, Irma Hasmie akui sebak melihat video tersebut.

Irma berkongsi perasaannya menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya.

No Image Caption

“Allahuakhbar... Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah! Saya pun nangis tengok video ni... Tolong pergi ke @drsheikhmuszaphar IG, baca respon jawapan dari Dr.

“Banyak boleh belajar. Terima kasih Dr dengan perkongsian ini, mengingatkan kita tetang kebesaran ALLAH S.W.T” tulisnya.

Pada masa yang sama, IG Dr Sheikh Muszaphar juga dihujani dengan ribuan komen daripada pengikutnya dan vidoe terbarunya itu telah ditonton lebih 365,000 pelayar IG.

Rata-ratanya menyatakan rasa kagum dengan keindahan bumi selain mengakui berasa kerdil selepas melihat kebesaran Ilahi.

Artikel Berkaitan:

"SubhanaAllah....terima kasih dr berkongsi pengalaman di sana... Sangat kagum dengan kebesaran ALLAH S.W.T... Menjadikan saya ingin menjadi lebih baik sempurna disisinya," tulis azura_shah.

"Subhanallah meremang bulu roma, besarnya kekuasaan ALLAH S.W.T," tulis rajaraudhah.

No Image Caption

"SubhanALLAH. Kebesaran Tuhan... Cantik betul," tulis azzie_sharifamdan.

"SubhanAllah. Alhamdulillah beruntungnya Dr Sheikh Muszaphar dapat melihat kebesaran ALLAH. Berpeluang meneroka angkasa lepas melihat kebesaran dan kehebatan ciptaan ALLAH S.W.T," tulis noorizah.sulaiman.

"Dr Sheikh Muszaphar saya rasa nak nangis tengok video ini," tulis nurinnnnnizam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan nama ALLAH...: Angkasawan negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!