Turki kecam inisiatif ‘peta Islam’ Austria

Inisiatif 'peta Islam' tersebut dikhuatiri akan mewujudkan diskriminasi dan stigma buruk terhadap Muslim di Vienna. - Foto: Agensi
Inisiatif 'peta Islam' tersebut dikhuatiri akan mewujudkan diskriminasi dan stigma buruk terhadap Muslim di Vienna. - Foto: Agensi
A
A
A

ANKARA - Turki pada Jumaat menyelar pemerintah Austria kerana melancarkan ‘peta Islam’ yang memaparkan lokasi masjid dan pertubuhan Muslim di seluruh negara yang dikhuatiri akan mewujudkan diskriminasi dan stigma buruk terhadap orang Islam.

“Pembentangan peta itu yang dibuat Menteri Integrasi, Susanne Raab sememangnya tidak boleh diterima,” tegas Kementerian Luar di Ankara dalam satu kenyataan selepas inisiatif itu turut dikecam banyak pihak.

Turki menggesa Austria supaya melaksanakan polisi lebih bertanggungjawab berbanding mengumpulkan data orang Islam seperti itu.

Difahamkan, laman interaktif ‘Peta Kebangsaan Islam’ hasil kerjasama University of Vienna dan Pusat Dokumentasi Politik Islam itu menyenaraikan nama dan lokasi lebih 600 masjid, pertubuhan dan pegawai yang mungkin ada kaitan dengan badan di luar negara.

Inisiatif itu bagaimanapun menerima respons kurang senang komuniti Islam di negara itu walaupun Raab mendakwa peta itu bukan kerana pemerintah mencurigai golongan tersebut sebaliknya bertujuan untuk memerangi ideologi politik.

Provokasi ke atas orang Islam semakin meningkat sejak insiden serangan di Vienna pada November lalu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!