Nilai pemain Manchester City, Chelsea cecah AS$2.17 bilion

Raheem Sterling (kiri) bersaingan dengan pemain Chelsea, N'Golo Kante semasa aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada 8 Mei lalu.
Raheem Sterling (kiri) bersaingan dengan pemain Chelsea, N'Golo Kante semasa aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada 8 Mei lalu.
A
A
A

NILAI pasaran pemain Manchester City dan Chelsea yang akan beraksi di Liga Juara-Juara dianggarkan melebihi 1.78 bilion euro (AS$2.17 bilion), lapor Agensi Anadolu.

Menurut laman web pangkalan data bola sepak Jerman, Transfermarkt nilai pemain Manchester City ialah 1.03 bilion euro (AS$1.22 bilion) sementara Chelsea hampir 780 juta euro.

Bintang Manchester City, Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling disifatkan pemain termahal, masing-masing dengan nilai pasaran 100 juta euro (AS$121 juta).

Kai Havertz dan Timo Werner, yang menyertai Chelsea musim lalu pula pemain termahal kelab itu dengan nilai pasaran masing-masing 70 juta euro (AS$83 juta) dan 60 juta euro (AS$71 juta).

Pentas akhir Liga Juara-Juara akan diadakan di Estadio do Dragao di Porto, awal pagi ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!